Sunday, 27 November 2011

Kursus PPM Daerah Jerantut

 Unit Prasekolah PPD Jerantut telah menjalankan kursus bagi Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah bagi daerah Jerantut. Pengisian kuursus melibatkan Peranan & tanggungjawab PPM, pengurusan fail, pengurusan kelas prasekolah, penyediaan makanan dan kemahiran komunikasi. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.
Pengurusan Kelas Prasekolah oleh Penolong PPD Prasekolah PPD Jerantut

Pengurusan Fail oleh Penyelia Prasekolah PPD Temerloh
 <><>
<>
<><>
Pemakanan oleh Pegawai Zat Makanan Kesihatan Jerantut
Peranan PPM oleh Pengelola Cemerlang JPNP

Komunikasi berkesan oleh Cikgu Omar Kaunselor SMK Temin


Anugrah Prasekolah Sempena Hari Guru Daerah Jerantut

9 Julai 2011- Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Jerantut telah dijalanlankan di SMK Temin Jerantut. Anugerah Prasekolah telah diadakan sempena sambutan tersebut. Tahniah kepada SK Sungai Retang yang terllipih bagi kategori Keceriaan Prasekolah. Manakala SK Sungai Tekam pula terpilih bagi kategori Pengurusan Prasekolah. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YH Dato' Mazlan Mohamad, Pengarah Pelajaran Pahang pada ketika itu. Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama dalam menjayakan majlis.

Sunday, 13 November 2011

Kursus Pengurusan PPM di PPD Temerloh

12.7.2011- En Jamalrudin Hj. Samsudin Penolong PPD Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut diamanahkan untuk menyampaikan ceramah berkaitan pengurusan fail kepada PPM daerah Temerloh.

Kursus SMPK Daerah

29 Jun 2011- Penolong PPD Prasekolah Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut En Jamalrudin bin Hj. Samsudin bersama En Jafari Penyelia Prasekolah Jabatan Pelajaran Pahang telah mengadakan kursus berkaitan pengurusan data SMPK. Kursus ini diadakan bagi tujuan data yang diurus oleh guru prasekolah dikemaskini.

Wednesday, 31 August 2011

Merdeka Untuk Semua



Marilah sama-sama kita menghargi erti sebuah kemerdekaan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Aidilfitri buat semua warga pendidik.
"Biar hati sejernih air, jangan pula dipenuhi lumpur. Kalau salah belum berakhir, diharap diampun dengan rasa bersyukur".
"Jika budi dipenuhi ikhlas, jangan ia disulam tuba. Jika ada salah yang belum dibalas, harap diampun di hari raya".
"Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih". Diharapkan halalkan makan dan minum. Ibarat rezeki yang tidak disisih".

SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN


Tuesday, 23 August 2011

Pemantauan Keceriaan & Pengurusan Prasekolah

SK Jerantut Jaya - Pemantauan berkaitan keceriaan dan pengurusan telah dijalankan untuk dua kelas prasekolah pada 28 Jun 2011. Pemantauan ini dijalankan bagi melihat sejauh mana keceriaan kelas dan pengurusan persekolah dapat dilaksanakan oleh guru dan PPM. Tahniah kepada pentadbir sekolah yang memberi perhatian dalam pengurusan prasekolah. Tahniah juga kepada guru dan PPM yang dapat mengurus kelas prasekolah dengan baik.