Tuesday 7 February 2012

Selamat Bersara Buat Guru Besar SK Sungai Tekam

Penyampain Cenderamata Semasa Majlis Persaraan Jamaluddin Ahmad
Penolong PPD Prasekolah Jamalrudin bin Samsudin mengucapkan selamat bersara kepada Jamaluddin bin Ahmad, Guru Besar Sk Sungai Tekam.Terima kasih atas perkhidmatan tuan guru besar yang telah menabur bakti dalam bidang pendidikan. Tahniah kepada tuan guru besar kerana berjaya membawa Prasekolah SK Sungai Tekam ke peringkat negeri Pahang dalam kategori Prasekolah Terbilang Peringkat Negeri Pahang. "Jasamu tetap dikenang"

Pemantauan Awal Tahun Persekolahan 2012

Berbual dengan salah seorang murid prasekolah yang petah berbicara.
Pemantauan awal tahun persekolahan telah dijalankan di SK Inderapura. Pemantauan yang dijalankan turut melibatkan pengurusan prasekolah. Tahniah kepada guru prasekolah dan PPM yang dapat menguruskan kelas prasekolah dengan baik. Berdasarkan perbualan dengan murid prasekolah, mereka seronok berada di kelas prasekolah. Diharapkan guru dan PPM teruskan kecemerlangan dalam mengendalikan kelas prasekolah.

Tahniah Buat SK Sungai Retang

Penolong PPD Prasekolah Jamalrudin bin Samsudin
bergambar kenangan dengan Guru Besar dan PPM SK Sungai Retang & SK Sungai Tekam
Tahniah buat Prasekolah SK Sungai Retang yang dianugerah 5 bintang dalam Anugerah Prasekolah Terbilang Peringkat Negeri Pahang bagi Tahun 2011.Bagi Daerah Jerantut 3 kelas prasekolah telah dinilai. 2 kelas prasekolah dari SK Sungai Retang dan satu kelas prasekolah dari SK Sungai Tekam.