Sunday, 27 November 2011

Anugrah Prasekolah Sempena Hari Guru Daerah Jerantut

9 Julai 2011- Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Jerantut telah dijalanlankan di SMK Temin Jerantut. Anugerah Prasekolah telah diadakan sempena sambutan tersebut. Tahniah kepada SK Sungai Retang yang terllipih bagi kategori Keceriaan Prasekolah. Manakala SK Sungai Tekam pula terpilih bagi kategori Pengurusan Prasekolah. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YH Dato' Mazlan Mohamad, Pengarah Pelajaran Pahang pada ketika itu. Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama dalam menjayakan majlis.

Sunday, 13 November 2011

Kursus Pengurusan PPM di PPD Temerloh

12.7.2011- En Jamalrudin Hj. Samsudin Penolong PPD Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut diamanahkan untuk menyampaikan ceramah berkaitan pengurusan fail kepada PPM daerah Temerloh.

Kursus SMPK Daerah

29 Jun 2011- Penolong PPD Prasekolah Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut En Jamalrudin bin Hj. Samsudin bersama En Jafari Penyelia Prasekolah Jabatan Pelajaran Pahang telah mengadakan kursus berkaitan pengurusan data SMPK. Kursus ini diadakan bagi tujuan data yang diurus oleh guru prasekolah dikemaskini.

Wednesday, 31 August 2011

Merdeka Untuk Semua



Marilah sama-sama kita menghargi erti sebuah kemerdekaan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Aidilfitri buat semua warga pendidik.
"Biar hati sejernih air, jangan pula dipenuhi lumpur. Kalau salah belum berakhir, diharap diampun dengan rasa bersyukur".
"Jika budi dipenuhi ikhlas, jangan ia disulam tuba. Jika ada salah yang belum dibalas, harap diampun di hari raya".
"Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih". Diharapkan halalkan makan dan minum. Ibarat rezeki yang tidak disisih".

SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN


Tuesday, 23 August 2011

Pemantauan Keceriaan & Pengurusan Prasekolah

SK Jerantut Jaya - Pemantauan berkaitan keceriaan dan pengurusan telah dijalankan untuk dua kelas prasekolah pada 28 Jun 2011. Pemantauan ini dijalankan bagi melihat sejauh mana keceriaan kelas dan pengurusan persekolah dapat dilaksanakan oleh guru dan PPM. Tahniah kepada pentadbir sekolah yang memberi perhatian dalam pengurusan prasekolah. Tahniah juga kepada guru dan PPM yang dapat mengurus kelas prasekolah dengan baik.

Pemantauan Perluasan Prasekolah

SK PPP Tun Razak- Pemantauan perluasan kelas prasekolah telah dijalankan bagi melihat kelengkapan peralatan, pengurusan kelas dan keceriaan kelas berkenaan. Tahianh kepada pengurusan sekolah, guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid yang dapat menguruskan kelas dengan baik.
Ruang memasak
Pandanga luar kelas prasekolah