Friday 29 July 2011

Pemantauan Pengurusan Prasekolah



Taman permainan


Pengurusan Fail
Pegawai prasekolah bersama-sama GPK, guru prasekolah & PPM
22 Jun 2011- SK Sungai Tekam, pemantauan pengurusan prasekolah turut dijalankan bagi kelas prasekolah yang telah di ubahsuai. Pemantauan ini melibatkan pengurusan fail, kebersihan, keceriaan dan P & P. Tahniah kepada guru prasekolah dan PPM kerana dapat menguruskan kelas prasekolah dengan baik.

Pemantauan Perluasan Kelas Prasekolah

Pemantauan perluasan prasekolah bagi SK Sungai Tekam telah diadakan pada 22.6.2011. Tahniah kepada pengurusan sekolah, guru prasekolah, PPM dan pekerja pembersihan kawasan yang dapat menjaga kebersihan dan keceriaan sekitar banggunan prasekolah.
Pandangan Luar banggunan prasekolah SK Sungai Tekam
Alat Permainan Prasekolah SK Sungai Tekam

Membuat pemantauan berkaitan bekalan prasekolah

Melihat perjalanan P & P

Pemantauan Prasekolah

En. Rosli berbincang dengan En. Zaini, Guru Besar SK Perian
SK Perian 16.3.2011 - Pemantauan berkaitan dengan kemudahan peralatan permainan prasekolah telah diadakan bersama dengan En. Rosli bin Abdul Mubin, Penolong PPD Pengurusan Sekolah PPD Jerantut. Peralatan permainan murid prasekolah amat penting diselenggara bagi menjamin keselamatan.

Wednesday 27 July 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
    Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi