Thursday 29 March 2012

Mesyuarat Prasekolah 2012

30 Mac 2012 - PPD Jerantut, Mesyuarat pengurusan prasekolah bagi tahun ini dijalankan bagi membincangkan dan membuat penyelarasan berkaitan guru prasekolah, PPM dan murid prsekolah bagi setiap daerah. Mantan Penolong PPD Prasekolah En. Jamalrudin bin Samsudin bersama Penyelia Sekolah Rendah En. Suhaimi Kasim mengharapkan guru prasekolah dapat mengenalpasti isu berkaitan kekurangan murid dalam SMPK. Mantan Penolong PPD Prasekolah memberi penjelasan berkaitan Pengurusan Prasekolah Terbilang dan    Aktiviti ’Grafity Area’ 1Malaysia Kelas Prasekolah (Januari-29.9.2012).
Terima kasih kepada semua guru prasekolah dan PPM yang telah memberi kerjasama dan sokongan sepanjang menguruskan Prasekolah. 

Tuesday 6 March 2012

Prasekolah SK Kg. Baharu

22 Februari 2012 - Pemantuan pengurusan prasekolah di SK Kg. Baharu telah dijalankan. Setibanya saya di sekolah didapati guru prasekolah sedang membimbing kanak-kanak prasekolah melaksanakan aktiviti melukis berdasarkan objek. Kemahiran ini amat menyeronokan kerana pelbagai betuk terhasil berdasarkan kemahiran pengamatan dan kelembutan tangan.
Guru sedang membimbing murid melukis bentuk

Selain dari itu saya juga melihat dokumen berkaitan pengurusan kelas prasekolah. Tahniah kepada guru prasekolah dan PPM yang dapat menguruskan dengan baik. 

Prasekolah SK Lepar Utara 1

2 Februari 2012 - Pemantauan pengurusan prasekolah di SK Lepar Utara 1 telah dijalankan bagi tujuan membantu sekolah dalam pengurusan prasekolah. Berdasarkan pemantauan didapati secara keseluruhanyan prasekolah dapat diurus dengan baik. Tahniah kepada Pentadbir sekolah, guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid serta ibu bapa. Kerjasama yang erat antara sekolah dan ibu bapa perlu diteruskan bagi menjamin kecemerlangan prasekolah.
Proses P&P Pendidikan Agama Islam
Kelas prasekolah perluasan 2011
Kelas prasekolah ubahsuai

Perluasan Prasekolah 2012

Daerah Jerantut telah menerima lima kelas perluasan prasekolah. Perluasan ini amat bermakna bagi menampung keperluan murid bagi sekolah-sekolah yang terlibat. Ini bertepatan dengan matlamat KPM untuk memperluaskan akses pendidikan bagi prasekolah.
Inilah contoh pandangan hadapan kelas prasekolah

Tuesday 7 February 2012

Selamat Bersara Buat Guru Besar SK Sungai Tekam

Penyampain Cenderamata Semasa Majlis Persaraan Jamaluddin Ahmad
Penolong PPD Prasekolah Jamalrudin bin Samsudin mengucapkan selamat bersara kepada Jamaluddin bin Ahmad, Guru Besar Sk Sungai Tekam.Terima kasih atas perkhidmatan tuan guru besar yang telah menabur bakti dalam bidang pendidikan. Tahniah kepada tuan guru besar kerana berjaya membawa Prasekolah SK Sungai Tekam ke peringkat negeri Pahang dalam kategori Prasekolah Terbilang Peringkat Negeri Pahang. "Jasamu tetap dikenang"

Pemantauan Awal Tahun Persekolahan 2012

Berbual dengan salah seorang murid prasekolah yang petah berbicara.
Pemantauan awal tahun persekolahan telah dijalankan di SK Inderapura. Pemantauan yang dijalankan turut melibatkan pengurusan prasekolah. Tahniah kepada guru prasekolah dan PPM yang dapat menguruskan kelas prasekolah dengan baik. Berdasarkan perbualan dengan murid prasekolah, mereka seronok berada di kelas prasekolah. Diharapkan guru dan PPM teruskan kecemerlangan dalam mengendalikan kelas prasekolah.

Tahniah Buat SK Sungai Retang

Penolong PPD Prasekolah Jamalrudin bin Samsudin
bergambar kenangan dengan Guru Besar dan PPM SK Sungai Retang & SK Sungai Tekam
Tahniah buat Prasekolah SK Sungai Retang yang dianugerah 5 bintang dalam Anugerah Prasekolah Terbilang Peringkat Negeri Pahang bagi Tahun 2011.Bagi Daerah Jerantut 3 kelas prasekolah telah dinilai. 2 kelas prasekolah dari SK Sungai Retang dan satu kelas prasekolah dari SK Sungai Tekam.